Penyakit barah, dulu teramat jarang kita dengar. Tapi sekarang dah makin kerap kan? Cuak kadang-kadang bila dengar. Dari bayi sampailah ke atok nenek. Statistik pulak, makin hari makin meningkat. Tapi jangan tak tahu, ramai lagi yang tak tahu bagaimana barah terjadi. Kalau kita tahu bagaimana ianya mula terjadi, maka senanglah kita mengelak. Betul tak?
Binaan Tubuh Yang Hebat
Dalam badan kita , terdapat berjuta billion sel. Kumpulan sel ini akan membentuk menjadi tisu dan seterusnya menjadi organ, yang membentuk tubuh badan kita. Manakala, di dalam setiap sel pula, terdapat nukleus yang terdapat kromosom di dalamnya. Kromosom terbentuk daripada RNA dan DNA yang membawa gene (bahan genetik) kita.

Sel-sel ini akan menjalani pembahagian untuk membentuk tisu. Setiap sel mempunyai jangka hayat tertentu, dan akan mati jika sudah tamat tempoh hayatnya, atau mengalami kerosakan. Proses ini dinamakan Apoptasis
Mutasi Sel Penyebab Barah
Kadang-kadang terdapat perubahan atau kesilapan terjadi di dalam gene ketika pembahagian sel berlaku. Ini dinamakan mutasi. Sel yang termutasi sepatutnya akan mati secara sendiri, tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Sel yang mengalami mutasi ini membiak tanpa kawal. Sel tersebut akan menyerang dan merosakkan tisu-tisu yang ada disekelilingnya. Ia nya kemudian akan membiak atau merebak ke bahagian lain badan melalui darah.
Inilah yang akan menyebabkan barah merebak ke bahagian-bahagian lain badan. Dan barah akan dinamakan mengikut tempat di mana ia mula membiak.
Nak tahu lebih lanjut bagaimana barah terjadi, boleh tengok video yang dikongsikan.
Solid Tumor Vs Liquid Tumor
Barah boleh di kelas kan kepada 'solid tumor' dan 'liquid tumor' . Solid tumor mula membiak di bahagian organ seperti payudara atau paru-paru. Manakala liquid tumor mula membiak di dalam tulang sumsum atau sistem limpa. Ini termasuklah leukimia, lymphoma dan multiple myeloma.
Terma Yang Perlu Diketahui Dalam Barah
Terdapat beberapa terma yang penting kita ketahui dalam berbicara mengenai barah. Antaranya adalah:
Tumor adalah sebarang pembengkakan di dalam badan. Penelitian sampel sel tumor di bawah mikroskop penting untuk menentukan sel tersebut benign (bukan sel barah) atau pun malignant tumor (sel barah). Tahap (grade) juga ditentukan melalui ujian mikroskop. Ini akan menunjukkan corak sel, yang menunjukkan ke'agresif'an sel barah tersebut. Peringkat atau stage pulak menunjukkan sekiranya sel barah tersebut telak merebak ke bahagian badan yang lain.
0 comments:
Post a Comment