Sunday, 10 May 2015

Dunia Tanpa Barah : Semuanya Bermula Di Sini

Selamat Datang ke blog terbaru saya, Dunia Tanpa Barah. Alhamdulillah, ni post pertama saya untuk blog saya.

Blog ini terinspirasi daripada kedua ibu bapa saya yang menghidap penyakit kanser. 

Ibu saya meninggal ketika berumur 26 tahun. Masa tu saya baru je berumur 7 tahun. Baru masuk darjah satu. Adik saya pulak masa tu sorang baru 4 tahun, dan seorang baru 11 bulan. Masih tak mengerti apa-apa. Saya, sikit-sikit saya boleh ingat lagi.

Bapa saya pulak, baru sahaja meninggal dunia bulan Mac lepas, ketika umurnya 60 tahun 1 bulan. Masih muda. Arwah seorang yang sangat cergas, cerdas, memang tak boleh duduk diam. Ada je nak dibuatnya. 

MAAF, NAK MASUKKAN GAMBAR, TAPI GAMBAR MAK SAYA YANG SAYA ADA SEMUA NAMPAK RAMBUT. NAK KENE JAGA AURAT ARWAH JUGAK

Jadi, dipendekkan cerita, saya serta anak beranak serta zuriat saya mempunyai risiko yang teramat tinggi menghidapi penyakit yang sama (minta sangat dijauhkan). 

Maka, saya berharap sangat blog terbaru saya ini akan membantu saya, dan juga anda dalam menambah ilmu mengenai barah serta cara mengelak dan merawat barah. Saya berharap blog ini memberi manfaat kepada anda semua, agar anak-anak kita tidak yatim seawal umur mereka, seperti kami adik beradik.

Memang ajal maut di tangan Allah, tapi usaha tetap kita kene buat. Kita usaha, biar selebihnya Allah tentukan.

Selamat Datang dan Selamat Membaca

(Untuk pengetahuan sahabat sekalian, blog kesihatan saya iaitu Supplement Kiosk, masih lagi 'beroperasi')



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

© Dunia Tanpa Barah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena