Friday, 22 May 2015

Satay Dan Timun Tidak Boleh Dipisahkan

Anda perasan tak, bila kita makan satay, mesti orang kedai tu bagi sekali hirisan timun? Bagi kita itu hanya sekadar menu tambahan kan? Tapi timun itu bukan sekadar tambahan, apatah lagi perhiasan. Malah lebih dari itu.

Tahukah anda, apabila pembakaran satay di atas api yang membara (ini termasuklah bbq yer), ia akan menghasilkan sejenis bahan yang tidak sihat yang mungkin boleh menjadi punca berlakunya barah, iaitu karsinogen. Karsinogen ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel dan jika sel rosak ini terus membahagi, ia akan menjadi tumor. 

Apa pula kaitan timun dan satay?

Kerana timun merupakan makanan yang kaya dengan anti-karsinogen. Anti carcinogen  adalah bahan yang mampu melawan carcinogen yang boleh menyebabkan cancer tu. Dan timun merupakan salah satu contoh anti-carcinogen.

Timun mengandungi 3 jenis phytonutrien yang amat berguna iaitu cucurbitacins (A, B, C D dan E), lignans dan flavanoids. Ketiga-tiga phytonutrient ini mempunyai nilai antioksida, anti-pembengkakan (anti-inflammatory) dan anti-kanser yang sangat tinggi. Cucurbitacins membantu mengawal aktiviti sel kanser dan lignans penying dalam mengurangkan risiko barah yang berkaitan dengan hormon estrogen, seperti barah payudara, ovari, uterus dan prostat.

Pengambilan timun secara segara setiap hari membantu melindungi kita daripada barah.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

© Dunia Tanpa Barah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena