Monday, 25 May 2015

Kawal Punca Barah Sebelum Ia Mengawal Hidup Kita

Banyak teori tentang sebab kenapa boleh terjadinya barah. Teringat arwah nenek selalu kata, jangan makan mee segera, sebab tu arwah mak kene sakit barah. Ada pulak yang kata, itu penyakit keturunan. Betul ker? 

Seperti yang dikongsikan dalam entry sebelum ini, punca barah adalah disebabkan oleh mutasi atau kerosakan sel yang berlaku ketika pebahagian sel. Jadi apakah punca sel-sel itu rosak?

Punca barah boleh diklasifikasikan kepada punca yang boleh kita tidak boleh kawal dan yang boleh kita kawal.


Punca Yang Tidak Boleh Dikawal
Punca yang memang kita tak boleh nak kawal adalah keturunan. Tapi hanya 5% - 10% sahaja yang terhasil daripada kerosakan gene (mutasi) yang diwarisi daripada ibubapa. Walaubagaimana pun, yang diwarisi hanyalah gene yang rosak, tetapi bukanlah barah itu sendiri. Jadi, jangan risau sangat. Kalau ibu bapa kita penghidap barah, belum tentu kita pun penghidap yang sama.

Tetapi, sebagai orang yang mempunyai risiko yang tinggi, maka sesorang yang mempunyai sejarah keluarga penghidap barah hendaklah lebih berjaga-jaga dengan punca barah yang boleh mereka kawal.

Punca Yang Boleh Dikawal
Punca yang boleh kita kawal pula adalah punca yang hadir di sekeliling kita samada secara sedar atau tidak sedar. Antaranya adalah melalui cara hidup yang tidak sihat dan persekitaran.

Merokok, alkohol, berat badan berlebihan, tidak bersenam serta makanan yang tidak seimbang adalah contoh cara hidup yang tidak sihat. Faktor ini kita sedar boleh menyebabkan keberangkalian mendapat barah adalah tinggi, tapi kita buat tak tahu je kan??

Contoh faktor persekitaran pula adalah sinaran UV.

Kita mampu mengawal barah sekiranya kita mampu mengawal punca barah yang boleh dikawal.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

© Dunia Tanpa Barah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena